Sunday, September 14, 2014

“Hakikatnya kita perlu juga menghitung nasib apabila sudah tiada lagi di dunia ini. Kita wajar bersedia dengan bekalan dan jangan asyik berusaha keras semata mata menggapai impian duniawi saja. Syukuri segala nikmat dan menerusi jiwa yang sentiasa bertawakkal, apa apa saja amal perbuatan seharian mampu kita lonjakkan ke tahap tertinggi. Sesungguhnya taubat adalah bekalan amal kita ke akhirat.”

rozizarina (via rozizarina)
Sunday, September 14, 2014
Sunday, September 14, 2014
rozizarina:

Titiskanlah air matamu di atas SEJADAH, BERKIBLATKAN kaabah Allah yang Maha Mengasihi. Usahlah BAZIRKAN air matamu di depan jasad yang tidak kekal abadi..
Sunday, September 14, 2014
rozizarina:

Bersederhanalah dalam serba serbi. Manusia ni sama je. Takperlu lah nak membanding - banding kan siapa kaya, siapa cantik, siapa pandai. Secantik manapun kita, sekaya manapun kita, sepandai manapun kita, di mata Allah kita semua sama je . Takperlu nak bermegah dan sombong dengan apa yang kita ada.
jika ada di antara kita yang sekarang ini diuji dengan apa jua ujian sekalipun, ingatlah, innallaha maana. Allah bersama kita. Hadapilah halangan itu dengan sebaiknya. Halangan itu antara tujuannya adalah untuk menjadikan diri kita lebih hebat. Andai seluruh dunia berpakat menjatuhkan kita, jika tanpa izin dari Allah, pakatan itu tidak akan ada kesannya buat kita. Bersabarlah wahai mujahid mujahidah
Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai.
Yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa 
Ayuh! Teruskan langkahmu.. :)
Dakwah itu mendekati, bukan meninggalkan dia seorang diri..Dakwah itu mendekati, bukan untuk jadi batu api..Dakwah itu mendekati, bukan hanya mencegah dengan hati..Dakwah itu mendekati, bukan hanya pada yang sudi..
Sunday, September 14, 2014

“Hitam bermula dari putih
Mudah bermula dari jerih
Hidup mmg kadang sedih
Sudah tertulis sudah terpilih”

Kaklong (via rozizarina)
Sunday, September 14, 2014

“My silence is just another word for my pain. Ada masa lebih baik senyap dari bersuara..”

rozizarina (via rozizarina)
Sunday, September 14, 2014

“Ada masa kita jatuh, ada masa kita bangun. Bila kita tegak berdiri, ramai yg berusaha jatuhkan kita. Bila kita jatuh, tiada siapa menolong.”

Aishah (via rozizarina)
Sunday, September 14, 2014

“Jangan lupa dari mana kita bermula dan dimana pula akan berakhirnya perjalanan hidup ini, esok dan lusa belum pasti milik kita. Menyusun atur langkah, kembali padaNya. Aturan Allah ini sudah pastinya yang terbaik antara aku, kamu serta kita semua sebagai hambaNya.”

rozizarina (via rozizarina)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next

Theme by: KAWAIISECRETS. Powered by: Tumblr.